Kesimpulannya, berdasarkan latihan saya sepanjang 4 bulan di KinoCinema Media sebagai pembangun game dan pengarah teknikal Virtual Production, pelbagai ilmu dan pengalaman yang berharga telah saya memperoleh serta berpeluang mengenal dan menggunakan pelbagai teknologi baru yang digunakan untuk penghasilan filem. Seperti mengenai Augmented Reality, Virtual Reality dan Virtual Production. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman saya didalam bidang Immersive Technology yang mana dijangka akan sangat diperlukan dalam tahun akan datang. Tak lupa juga kepada rakan sekerja dan penyelia saya yang membantu saya untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta menghadapi masalah yang dihadapi dalam bidang ini. Tambahan pula, ianya menyedarkan saya bahawa dengan adanya teknologi baru ini, ia dapat memudahkan kerja penerbitan yang tergendala akibat pandemik Covid - 19. Saya harap lebih ramai yang akan turut serta dalam menceburi bidang Immersive technology ini seiring dengan matlamat Malaysia untuk menuju fasa IR 4.0.
No comments:
Post a Comment