OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester enam bagi Kursus Diploma. Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal, para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di organisasi tersebut. Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik perlu mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal. Pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat atau semester seterusnya.


TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang diceburi dan peranannya dalam masyarakat.


OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk mencapai kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan berdasarkan beberapa objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :-

  •  Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dari segi teknikal dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
  • Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
  • Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan.
  • Membina personaliti individu.
  • Mengamalkan peraturan dan etika kerja dan baik.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja.
  • Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya.
  • Menyediakan sebuah buku Laporan Latihan Industri setelah tamat latihan.      

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan Industri diberi sebuah buku Jurnal Laporan Harian yang berkaitan dengan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan sewaktu  menjalani latihan industri selama satu semester. Antara objektif laporan akhir latihan industri adalah seperti berikut:

  • Memberi gambaran tentang aktiviti yang dilakukan oleh pelajar serta peranan jabatan atau firma tersebut.
  • Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.
  • Menerangkan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku jurnal laporan harian pelajar.
  • Sebagai gambaran awal rujukan kepada pelajar  yang akan menjalani latihan industri.
  • Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambahbaikan kepada syarikat.
  • Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Pelajar yang mengikuti Pengajian di  Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester, bagi pelajar yang mengambil Diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada semester keenam. Latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum mereka layak dianugerahkan Diploma tersebut.

     Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasan kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar, tambahan pula dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat Sijil ataub Diploma.

        Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui persekitaran kerja yang sebenar, ini semestinya akan dapat membantu pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari didalam bilik kuliah atau bengkel pada situasi yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri. 


No comments:

Post a Comment

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2020

               LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI DISEDIAKAN OLEH: AHMAD FARIS AMIR BIN MOHD NASIR (18DDS18F1016) LOKASI: A-1-3 Desa Permai, Jal...